Skip to content
Opens in a new window

[1] TUHAN itu raja, orang gementar kerana Dia; Dia bertakhta di atas kerub, dan bumi pun bergoncang.

[2] TUHAN sangat berkuasa di Sion; Dia penguasa tertinggi atas semua bangsa.

[3] Setiap orang akan memuji nama-Nya yang agung dan mulia. Sucilah Dia!

[4] Hai Raja yang perkasa, Engkau mencintai hukum; Engkau telah menegakkan keadilan di Israel, Engkau telah melaksanakan hukum dan keadilan.

[5] Pujilah TUHAN, Allah kita; sujudlah di hadapan takhta-Nya! Sucilah Dia!

[6] Musa dan Harun termasuk imam-imam-Nya, dan Samuel salah seorang yang berdoa kepada Dia; mereka berseru kepada TUHAN dan Dia menjawab mereka.

[7] Dari tiang awan, Dia berfirman kepada mereka; mereka patuh kepada hukum dan perintah yang diberikan-Nya.

[8] Ya TUHAN, Allah kami, Engkau mengabulkan permintaan umat-Mu; Engkau menunjukkan bahawa Engkau Allah yang suka mengampuni orang, walaupun Engkau menghukum mereka kerana dosa mereka.

[9] Pujilah TUHAN, Allah kita dan sembahlah Dia di atas bukit-Nya yang suci! TUHAN, Allah kita suci.

Mazmur — Chapters