Skip to content
Opens in a new window

[1] Untuk pemimpin koir. Mazmur Daud.

[2] Berapa lamakah Engkau akan melupakan aku, ya TUHAN? Berapa lamakah Engkau akan bersembunyi daripadaku?

[3] Berapa lamakah aku mesti menanggung kesusahan dan berdukacita siang malam? Berapa lamakah musuhku akan menguasai aku?

[4] Pandanglah aku, ya TUHAN, Allahku, dan jawablah doaku. Pulihkanlah tenagaku; jangan biarkan aku mati.

[5] Jangan biarkan musuhku berkata bahawa mereka telah mengalahkan aku. Jangan biarkan mereka bergembira kerana kejatuhanku.

[6] Tetapi aku bergantung kepada kasih-Mu yang abadi; aku akan bergembira kerana Engkau menyelamatkan aku. Aku akan menyanyi untuk TUHAN, kerana Dia telah berbuat baik kepadaku.

Mazmur — Chapters