[1] Lagu ziarah oleh Raja Salomo. Jika bukan TUHAN yang mendirikan rumah, sia-sialah usaha orang yang mendirikannya; jika bukan TUHAN yang melindungi kota, sia-sialah usaha orang yang mengawalnya.
[2] Sia-sia sahaja bangun pagi-pagi dan tidur larut malam, bekerja keras mencari nafkah, kerana TUHAN memberikan segalanya kepada orang yang dikasihi-Nya, sementara mereka sedang tidur.
[3] Anak-anak adalah anugerah TUHAN; mereka adalah berkat-Nya.
[4] Anak-anak lelaki yang diperoleh seorang bapa pada waktu mudanya, adalah seperti anak panah di tangan seorang askar.
[5] Berbahagialah orang yang mempunyai banyak anak panah yang sedemikian. Dia tidak sekali-kali akan dikalahkan ketika menghadapi musuh di tempat pengadilan.
Mazmur — Chapters
123456789101112131415161718192021222324252627282930313233343536373839404142434445464748495051525354555657585960616263646566676869707172737475767778798081828384858687888990919293949596979899100101102103104105106107108109110111112113114115116117118119120121122123124125126127128129130131132133134135136137138139140141142143144145146147148149150