[1] Untuk pemimpin koir. Mazmur Daud.
[2] Semoga TUHAN mengabulkan doamu pada waktu kesusahan. Semoga kuasa Allah Yakub melindungi kamu.
[3] Semoga Dia menghantar pertolongan dari Rumah-Nya dan memberi kamu bantuan dari Bukit Sion.
[4] Semoga Dia menerima segala persembahanmu dan berkenan pada segala korbanmu.
[5] Semoga Dia memberi kamu keinginanmu dan menjayakan segala rancanganmu.
[6] Lalu kami akan bersorak-sorak kerana kemenanganmu, dan merayakan kemenanganmu dengan memuji Allah kita. Semoga TUHAN mengabulkan segala permintaanmu.
[7] Sekarang aku tahu bahawa TUHAN memberikan kemenangan kepada raja pilihan-Nya; dari syurga-Nya yang suci TUHAN mengabulkan permintaannya. Oleh kuasa TUHAN, raja mendapat kemenangan yang besar.
[8] Ada orang bergantung kepada kereta kuda mereka, yang lain kepada kuda mereka, tetapi kita yakin akan kuasa TUHAN, Allah kita.
[9] Mereka akan tersandung dan jatuh, tetapi kita akan bangkit dan berdiri teguh.
[10] Berikanlah kemenangan kepada raja, ya TUHAN; jawablah kami apabila kami berseru.