Skip to content
Opens in a new window

[1] Pujilah TUHAN! Nyanyikanlah lagu baru untuk TUHAN; pujilah Dia dalam perhimpunan umat-Nya yang setia!

[2] Bergembiralah, hai orang Israel, kerana Pencipta kamu; bersukacitalah, hai penduduk Sion, kerana Raja kamu!

[3] Pujilah nama-Nya dengan tarian; pujilah Dia dengan memainkan kecapi dan tamburin.

[4] TUHAN berkenan kepada umat-Nya; Dia memberikan kemenangan kepada orang yang bergantung kepada-Nya.

[5] Hendaklah umat Allah bersukacita kerana mereka menang, dan bernyanyi dengan gembira sepanjang malam.

[6] Hendaklah mereka memuji Allah dengan bersorak-sorak, sambil memegang pedang yang tajam

[7] untuk mengalahkan bangsa-bangsa, dan menghukum rakyat mereka;

[8] untuk membelenggu raja-raja dan merantai pemimpin mereka,

[9] untuk menghukum bangsa-bangsa menurut perintah Allah. Itulah kemenangan umat Allah. Pujilah TUHAN!

Mazmur — Chapters