[1] Lagu ziarah. Apabila TUHAN membawa kita balik ke Yerusalem, kita seperti bermimpi!
[2] Kita tertawa dan menyanyi kerana gembira! Lalu bangsa-bangsa lain berkata tentang kita, “TUHAN telah melakukan perkara-perkara hebat untuk mereka.”
[3] Memang TUHAN telah melakukan perkara-perkara yang hebat untuk kita; itulah sebabnya kita bersukacita!
[4] Ya TUHAN, jadikanlah kami makmur semula, seperti sungai kering berair semula pada musim hujan.
[5] Semoga orang yang menabur benih sambil menangis, dapat menuai hasilnya sambil bergembira!
[6] Orang yang menabur benih sambil mencucurkan air mata, akan pulang membawa hasil tanaman sambil menyanyi dengan gembira.
Mazmur — Chapters
123456789101112131415161718192021222324252627282930313233343536373839404142434445464748495051525354555657585960616263646566676869707172737475767778798081828384858687888990919293949596979899100101102103104105106107108109110111112113114115116117118119120121122123124125126127128129130131132133134135136137138139140141142143144145146147148149150