[1] Untuk pemimpin koir. Dengan iringan kecapi. Mazmur. Lagu.
[2] Ya Allah, kasihanilah dan berkatilah kami; pandanglah kami dengan senang hati,
[3] supaya seluruh dunia mengetahui kehendak-Mu, dan semua bangsa mengetahui penyelamatan-Mu.
[4] Semoga bangsa-bangsa memuji Engkau, ya Allah; semoga semua bangsa memuji Engkau!
[5] Semoga bangsa-bangsa bergembira dan menyanyi dengan sukacita, kerana Engkau menghakimi orang dengan adil dan membimbing setiap bangsa di bumi.
[6] Semoga bangsa-bangsa memuji Engkau, ya Allah; semoga semua bangsa memuji Engkau!
[7] Tanah telah mengeluarkan hasilnya; Allah, Allah kita, telah memberkati kita.
[8] Allah telah memberkati kita; semoga semua orang di seluruh dunia menghormati Dia.
Mazmur — Chapters
123456789101112131415161718192021222324252627282930313233343536373839404142434445464748495051525354555657585960616263646566676869707172737475767778798081828384858687888990919293949596979899100101102103104105106107108109110111112113114115116117118119120121122123124125126127128129130131132133134135136137138139140141142143144145146147148149150