[1] Pujilah TUHAN! Berbahagialah orang yang menghormati TUHAN, yang suka mentaati perintah-Nya.
[2] Anak-anak orang yang baik akan berkuasa di negeri ini; keturunannya akan diberkati.
[3] Keluarganya akan menjadi kaya-raya, dan dia akan makmur selama-lamanya.
[4] Dia seperti cahaya yang bersinar dalam kegelapan bagi orang jujur; dia berbelas kasihan, penyayang, dan adil.
[5] Berbahagialah orang yang murah hati dan suka memberi pinjaman, serta jujur dalam segala urusan.
[6] Orang yang baik tidak sekali-kali akan gagal; dia akan diingat selama-lamanya.
[7] Dia tidak takut menerima berita buruk; hatinya teguh kerana percaya kepada TUHAN.
[8] Dia tidak khuatir ataupun takut kerana dia yakin musuhnya akan dikalahkan.
[9] Dia memberikan sedekah kepada orang miskin, dia selalu murah hati, dia akan berkuasa dan dihormati orang.
[10] Orang jahat melihat hal ini lalu naik marah; mereka memandang aku dengan kebencian. Lalu mereka binasa; harapan mereka lenyap selama-lamanya.