[1] Lagu ziarah. Aku memandang ke syurga, tempat Engkau bersemayam; aku berdoa kepada-Mu, ya TUHAN.
[2] Seperti seorang hamba bergantung kepada tuannya, dan seorang hamba perempuan kepada puannya, demikian juga kami berharap kepada-Mu, ya TUHAN, Allah kami, sehingga Engkau mengasihani kami.
[3] Kasihanilah kami, ya TUHAN, kasihanilah kami, kerana kami sudah terlalu banyak dihina.
[4] Sudah terlalu lama kami diejek oleh orang kaya, dan dikeji oleh penindas yang sombong.
Mazmur — Chapters
123456789101112131415161718192021222324252627282930313233343536373839404142434445464748495051525354555657585960616263646566676869707172737475767778798081828384858687888990919293949596979899100101102103104105106107108109110111112113114115116117118119120121122123124125126127128129130131132133134135136137138139140141142143144145146147148149150