[1] Mazmur puak Korah.
[2] TUHAN sungguh agung dan terpuji di kota Allah kita, di atas bukit-Nya yang suci.
[3] Sion, bukit Allah, tinggi dan indah; kota Raja yang agung menggirangkan seluruh dunia!
[4] Di dalam kota-Nya yang berkubu ada keselamatan, kerana Allah berada di sana.
[5] Raja-raja berkumpul dan datang hendak menyerang Bukit Sion.
[6] Apabila mereka melihat bukit itu, mereka terperanjat; mereka takut dan lari kebingungan.
[7] Mereka gementar ketakutan, mereka kesakitan seperti wanita yang hampir bersalin,
[8] mereka seperti kapal yang dilanda angin ribut.
[9] Apa yang sudah kita dengar, kini sudah kita lihat, di kota Allah kita, TUHAN Yang Maha Kuasa. Kota itu kota Allah kita; Dia membela kota itu selama-lamanya.
[10] Ya Allah, di dalam Rumah-Mu, kami merenungkan kasih-Mu.
[11] Nama-Mu termasyhur dan dipuji di seluruh dunia, Engkau memerintah dengan adil.
[12] Biarlah penduduk Sion dan Yehuda bergembira, kerana Engkau menghakimi orang dengan adil.
[13] Hai umat Allah, kelilingilah Sion dan hitunglah menara di situ,
[14] perhatikanlah tembok dan periksalah kubu kota itu, supaya kamu dapat memberitahu keturunan yang akan datang
[15] bahawa Dialah Allah, Allah kita selama-lamanya; Dia akan memimpin kita selama-lamanya.