Skip to content
Opens in a new window

[1] Untuk pemimpin koir. Mazmur oleh Daud, ketika mempersembahkan korban peringatan.

[2] Ya Allah, selamatkanlah aku! TUHAN, cepatlah tolong aku!

[3] Biarlah mereka yang cuba membunuh aku dikalahkan dan dibingungkan. Biarlah mereka yang gembira kerana kesusahanku dipukul mundur dan dipermalukan.

[4] Biarlah mereka yang mengejek aku terkejut dan malu kerana dikalahkan.

[5] Semoga semua orang yang datang kepada-Mu bergembira dan bersukacita. Semoga semua orang yang bersyukur kerana penyelamatan-Mu sentiasa berkata, “Betapa agungnya Allah!”

[6] Aku miskin dan lemah; datanglah segera kepadaku, ya Allah. Engkaulah penolongku dan penyelamatku, janganlah berlengah, ya TUHAN!

Mazmur — Chapters