[1] Mazmur. Nyanyikanlah lagu baru untuk TUHAN; Dia telah melakukan perbuatan yang menakjubkan! Dengan kuasa dan kekuatan-Nya sendiri, Dia telah mencapai kemenangan.
[2] TUHAN mengumumkan kemenangan-Nya; Dia menyatakan keadilan-Nya kepada bangsa-bangsa.
[3] Dia menepati janji-Nya kepada orang Israel, umat-Nya dengan kasih dan kesetiaan kepada mereka. Semua bangsa di seluruh dunia telah melihat kemenangan Allah kita.
[4] Hai seluruh bumi, bernyanyilah untuk TUHAN dengan girang; pujilah Dia dengan lagu dan sorakan!
[5] Nyanyikanlah pujian untuk TUHAN, pujilah Dia dengan memetik kecapi.
[6] Tiuplah trompet dan sangkakala, bersoraklah di hadapan TUHAN, Raja kita!
[7] Berderulah, hai laut dan segala isimu, bernyanyilah, hai bumi dan semua yang mendiamimu.
[8] Bertepuk tanganlah, hai sungai-sungai; bersorak-sorailah di hadapan TUHAN, hai bukit-bukit,
[9] kerana TUHAN datang untuk memerintah bumi. Dia akan memerintah penduduk dunia dengan adil dan jujur.