Skip to content
Opens in a new window

[1] TUHAN itu raja! Hai bumi, bersukacitalah! Hai pulau-pulau di laut, bergembiralah!

[2] Dia dikelilingi awan dan kegelapan; pemerintahan-Nya berdasarkan hukum dan keadilan.

[3] Api mendahului Dia, membakar musuh di sekeliling-Nya.

[4] Kilat-Nya menerangi dunia; bumi bergegar melihat cahaya-Nya.

[5] Bukit mencair seperti lilin di hadapan TUHAN, di hadapan Tuhan seluruh bumi.

[6] Langit mengisytiharkan keadilan-Nya, dan semua bangsa melihat kemuliaan-Nya.

[7] Semua orang yang menyembah berhala dipermalukan, semua dewa bersujud di hadapan TUHAN.

[8] Penduduk Sion bersukacita, dan kota-kota di Yehuda bergembira, kerana keputusan-Mu, ya TUHAN.

[9] Ya TUHAN Yang Maha Kuasa, Engkaulah pemerintah seluruh bumi; Engkau lebih berkuasa daripada semua dewa.

[10] TUHAN mengasihi orang yang membenci kejahatan; Dia melindungi hidup umat-Nya, dan menyelamatkan mereka daripada kuasa orang jahat.

[11] Kebaikan Allah bersinar seperti cahaya pada orang jujur, dan memberikan kegirangan kepada orang baik.

[12] Bersukacitalah, hai kamu semua yang tulus, kerana apa yang telah dilakukan TUHAN. Ingatlah akan perbuatan Allah yang suci, dan bersyukurlah kepada-Nya.

Mazmur — Chapters