Skip to content
Opens in a new window

[1] Untuk pemimpin koir. Sajak puak Korah.

[2] Seperti rusa merindukan air sungai, demikianlah jiwaku merindukan Engkau, ya Allah.

[3] Aku merindukan Engkau, Allah yang hidup; bilakah aku dapat beribadat di hadirat-Mu?

[4] Siang malam aku menangis, hanya air mata makananku; sepanjang masa musuhku bertanya kepadaku, “Di manakah Allahmu?”

[5] Hatiku hancur apabila mengenangkan masa lalu, semasa aku pergi bersama-sama orang ramai ke Rumah TUHAN, dan aku berjalan di depan perarakan, dengan sorak-sorai dan lagu pujian.

[6] Mengapakah aku sedih? Mengapakah aku gelisah? Aku akan berharap kepada Allah dan sekali lagi aku akan memuji Dia, Allahku dan penyelamatku.

[7] Di tempat pembuangan ini hatiku hancur, oleh itu aku ingat kepada TUHAN. Jiwaku hanyut dalam arus kesedihan; aku dilanda banjir kekacauan, seperti deru air terjun Sungai Yordan dari Gunung Hermon dan Gunung Mizar.

[9] Semoga TUHAN menunjukkan kasih-Nya pada waktu siang; agar aku dapat memuji Dia pada waktu malam, dan berdoa kepada Allah, sumber hidupku.

[10] Kepada Allah, pembelaku, aku berkata, “Mengapakah Engkau melupakan aku? Mengapakah aku harus terus-menerus menanggung derita, akibat kekejaman musuhku?”

[11] Aku sangat sedih kerana hinaan mereka. Mereka terus bertanya, “Di manakah Allahmu?”

[12] Mengapakah aku sedih? Mengapakah aku gelisah? Aku akan berharap kepada Allah, dan sekali lagi aku akan memuji Dia, Allahku dan penyelamatku.

Mazmur — Chapters