Skip to content
Opens in a new window

[1] Untuk pemimpin koir. Mazmur Daud. Orang bodoh berkata dalam hati, “Tidak ada Allah.” Mereka semua jahat dan perbuatan mereka keji; tidak seorang pun melakukan yang baik.

[2] Dari syurga TUHAN memandang umat manusia untuk mencari orang yang bijak, orang yang menyembah Dia.

[3] Tetapi semua orang sudah menyimpang dan sesat, tiada seorang pun melakukan yang baik.

[4] TUHAN bertanya, “Tidakkah semua orang jahat ini tahu? Mereka hidup dengan merompak umat-Ku, dan tidak pernah berdoa kepada-Ku.”

[5] Orang jahat akan ketakutan, kerana Allah menolong orang yang taat kepada-Nya.

[6] Orang jahat merintangi hasrat orang miskin, tetapi orang miskin dilindungi TUHAN.

[7] Semoga penyelamatan bagi Israel datang dari Sion! Apabila TUHAN menjadikan umat-Nya makmur semula, semua orang Israel akan bersukacita.

Mazmur — Chapters