Skip to content
Opens in a new window

[1] Lagu ziarah. Dari jurang kesusahan, aku berseru kepada-Mu, ya TUHAN.

[2] Ya TUHAN, dengarlah rintihanku, dengarlah seruanku minta tolong.

[3] Jika Engkau terus mengingat dosa-dosa kami, siapakah yang dapat terlepas daripada hukuman?

[4] Tetapi Engkau mengampuni kami, supaya kami hormat dan taat kepada-Mu.

[5] Aku menanti-nantikan pertolongan TUHAN, dan berharap kepada firman-Nya.

[6] Aku menantikan Tuhan, lebih daripada penjaga malam menantikan subuh, lebih daripada penjaga malam menantikan fajar.

[7] Hai Israel, berharaplah kepada TUHAN, kerana Dia tetap mengasihi dan sentiasa bersedia menyelamatkan kamu.

[8] Dia akan menyelamatkan umat-Nya Israel daripada segala dosa mereka.

Mazmur — Chapters