Skip to content
Opens in a new window

[1] Untuk pemimpin koir. Mazmur Daud. Lagu.

[2] Kami patut memuji Engkau di Sion, ya Allah, dan memenuhi janji kami kepada-Mu,

[3] kerana Engkau mengabulkan doa. Semua orang akan datang kepada-Mu

[4] kerana mereka berdosa. Dosa-dosa kami terlalu berat bagi kami, tetapi Engkau mengampunkan dosa kami.

[5] Berbahagialah mereka yang telah Engkau pilih, mereka yang Engkau bawa tinggal di Rumah-Mu. Kami akan dipuaskan dengan segala yang baik di Rumah-Mu, berkat-Mu untuk kami di kediaman-Mu yang suci.

[6] Engkau menjawab seruan kami dengan memberi kami kemenangan; Engkau menyelamatkan kami dengan melakukan hal-hal yang menakjubkan. Engkau harapan orang di seluruh dunia, dan orang di seberang laut yang jauh.

[7] Dengan kekuatan-Mu, Engkau menegakkan gunung pada tempatnya, untuk menunjukkan kuasa-Mu yang besar.

[8] Engkau meredakan deruan lautan dan gemuruh ombak; Engkau menenangkan kegemparan bangsa-bangsa.

[9] Semua penduduk bumi takut dan hormat, ketika melihat perbuatan-perbuatan-Mu yang hebat. Tindakan-Mu membawa sorakan riang di seluruh bumi dari hujung ke hujung.

[10] Engkau memelihara bumi dengan menurunkan hujan; Engkau menjadikan tanahnya baik dan subur. Engkau mengisi anak sungai dengan air; Engkau menumbuhkan tanaman di bumi. Begitulah perbuatan-Mu.

[11] Engkau menurunkan hujan lebat dan mengairi ladang yang dibajak; Engkau menggemburkan tanah dengan curahan hujan dan menjadikan tanaman tumbuh dengan subur.

[12] Betapa banyaknya hasil tanaman kerana kebaikan-Mu! Ke mana sahaja Engkau pergi, makanan berlimpah selalu.

[13] Padang rumput penuh dengan ternakan; bukit-bukit penuh dengan kegembiraan.

[14] Ladang-ladang penuh dengan domba, lembah-lembah penuh dengan gandum; semuanya bersorak dan bernyanyi dengan gembira.

Mazmur — Chapters