Skip to content
Opens in a new window

[1] Mazmur Daud. Ya TUHAN, aku bersyukur kepada-Mu dengan sepenuh hatiku; aku menyanyikan pujian untuk-Mu di hadapan makhluk-makhluk syurga.

[2] Aku menghadap Rumah-Mu yang suci, aku sujud dan memuji nama-Mu kerana Engkau setia dan kasih-Mu kekal, kerana Engkau telah menunjukkan bahawa nama-Mu dan firman-Mu agung.

[3] Engkau menjawab apabila aku berseru kepada-Mu; Engkau menguatkan aku sehingga aku berani.

[4] Semua raja di dunia akan memuji Engkau, ya TUHAN, kerana mereka telah mendengar janji-janji-Mu.

[5] Mereka akan menyanyi tentang perbuatan-Mu, dan tentang kemuliaan-Mu yang besar.

[6] Walaupun Engkau begitu agung, Engkau memperhatikan orang yang hina, dan orang sombong tidak dapat bersembunyi daripada-Mu.

[7] Ketika aku ditimpa kesusahan, Engkau memelihara aku; Engkau menentang musuhku yang ganas, dan menyelamatkan aku dengan kuasa-Mu.

[8] Engkau akan memenuhi segala janji-Mu kepadaku; ya TUHAN, kasih-Mu kekal abadi. Jangan tinggalkan umat yang telah Engkau jadikan.

Mazmur — Chapters