[1] Tuhan bertakhta memerintah, biarlah bangsa-bangsa gementar; Dia tinggal di antara malaikat kerubin, biarlah bumi bergegar.
[2] Tuhan Maha Besar di Sion; dan Dia jauh di atas semua bangsa.
[3] Biarlah mereka memuji nama-Mu yang agung dan mengagumkan – Dia Maha Kudus.
[4] Kekuatan Raja cinta akan keadilan – Engkau telah mengasaskan kesaksamaan; Engkau telah melakukan yang benar dan adil dalam Yakub.
[5] Tinggikanlah Tuhan Allah kita dan sembahlah Dia di alas kaki-Nya; Dia Maha Kudus.
[6] Musa dan Harun tergolong antara imam-Nya, dan Samuel antara mereka yang menyeru nama-Nya; Mereka berseru kepada Tuhan dan Dia menjawab mereka.
[7] Dia berfirman kepada mereka dalam tiang awan; mereka mematuhi peraturan-Nya dan ketetapan yang diberi-Nya.
[8] Engkau menjawab mereka, Ya Tuhan Allah kami; Engkau Allah pengampun kepada mereka, meskipun Engkau membalas perbuatan mereka dengan hukuman.
[9] Tinggikanlah Tuhan, Allah kita dan sembahlah Dia di bukit suci-Nya, kerana Tuhan Allah kita Maha Kudus.