Skip to content
Opens in a new window
Listen to this chapter • 2:38

[1] Ya Tuhan, ya Allahku, pada-Mu aku bernaung; selamatkan dan lepaskan aku daripada semua yang memburuku,

[2] jangan biarkan mereka mengoyak-ngoyakkanku seperti singa dan mencarik-carikku tanpa sesiapa melepaskanku.

[3] Ya Tuhan, ya Allahku, jika aku telah melakukan ini dan tanganku bergelumang dosa –

[4] jika aku telah berbuat jahat kepada orang yang baik denganku atau tanpa sebab aku telah merampas milik musuhku –

[5] maka biarlah musuhku memburu dan menangkapku; biar dia melanyak nyawaku ke tanah dan membuatku tidur dalam debu. Sela

[6] Bangkitlah, ya Tuhan, dalam kemarahan-Mu; bangkit melawan keberangan para musuhku. Jagalah, ya Tuhan; firmankan keadilan.

[7] Biarlah perhimpunan jemaah umat mengelilingi-Mu. Perintahlah mereka dari tempat-Mu yang tinggi;

[8] biar Tuhan menghakimi segala umat. Hakimi aku, ya Tuhan, berasaskan perbenaranku, berasaskan keikhlasanku, Ya Tuhan Maha Tinggi.

[9] Ya Allah yang benar, yang menyoroti fikiran dan hati, tamatkan keganasan orang zalim dan pastikan keselamatan orang yang benar.

[10] Perisaiku Allah Maha Tinggi, yang menyelamatkan orang tulus.

[11] Allah hakim yang benar, Allah menunjukkan kemurkaan-Nya setiap hari.

[12] Jika manusia tidak bertaubat, Dia akan mengasah pedang-Nya; Dia akan memasang panah-Nya.

[13] Dia telah menyiapkan senjata-senjata-Nya yang membawa maut; Dia menyediakan anak-anak panah-Nya yang menyala.

[14] Orang yang menghamilkan kejahatan dan membenihkan kekacauan akan melahirkan kekecewaan.

[15] Orang yang menggali lubang akan jatuh ke dalam lubang yang digalinya.

[16] Kekacauan yang disebabkannya akan memantul ke atas dirinya; keganasannya menimpa kepalanya sendiri.

[17] Aku akan bersyukur kepada Tuhan kerana apa yang dilakukan-Nya adalah benar dan akan menyanyikan pujian bagi nama Tuhan Maha Tinggi.

Mazmur — Chapters