Skip to content
Opens in a new window
Listen to this chapter • 2:28

[1] Menyanyilah dengan lantang untuk Allah kekuatan kita; bersoraklah dengan girang kepada Allah Yakub!

[2] Nyanyikanlah lagu sambil memukul tamborin, bermain kecapi merdu serta gambus.

[3] Tiuplah nafiri ketika Bulan Baru, dan semasa bulan purnama, pada hari perayaan kita yang luhur;

[4] kerana ini adalah ketetapan bagi umat Israel, hukum Allah Yakub.

[5] Dia menjadikannya sebagai suatu peraturan bagi Yusuf apabila Dia menjelajah seluruh tanah Mesir, di situ aku mendengar bahasa yang tidak kufahami.

[6] Dia berkata, "Aku melepaskan bahunya daripada beban; tangan mereka dibebaskan daripada bakul.

[7] Kamu menyeru-Ku ketika dalam kesusahan dan Aku melepaskan kamu, Aku menjawabmu di tempat rahsia guruh; Aku mengujimu di perairan Meriba. Sela

[8] Dengarlah, wahai umat-Ku, Aku akan menegurmu – wahai Israel, kalaulah kamu mahu mendengar kata-Ku!

[9] Tidak boleh ada tuhan asing dalam kalanganmu; dan kamu tidak boleh menyembah tuhan asing.

[10] Akulah Tuhan, Allahmu, yang telah membawamu keluar dari Tanah Mesir. Bukalah mulutmu luas-luas, Aku akan memenuhinya.

[11] "Tetapi umat-Ku enggan mendengar suara-Ku; dan Israel sama sekali tidak mahu menerima-Ku.

[12] Oleh itu, Aku biarkan mereka mengikut hati mereka yang degil hidup menurut fikiran mereka sendiri.

[13] "Kalaulah umat-Ku mahu mendengar-Ku, dan Israel mahu hidup menurut jalan-Ku,

[14] tentu Aku segera menundukkan musuh mereka dan memalingkan tangan-Ku menentang musuh mereka!

[15] Pembenci Tuhan pura-pura tunduk kepada-Nya, dan hukuman ke atas mereka kekal selama-lamanya.

[16] Tentu diberi-Nya mereka makan gandum terbaik; dan dengan madu dari batu pejal tentu Kukenyangkan kamu."

Mazmur — Chapters