Skip to content
Opens in a new window
Listen to this chapter • 0:59

[1] Melainkan Tuhan mendirikan rumah, sia-sialah tenaga orang yang membinanya. Melainkan Tuhan menjaga kota, sia-sialah pengawal berjaga malam.

[2] Sia-sia sahaja kamu bangun awal pagi, berjaga sampai larut malam, bertungkus-lumus untuk mencari makanan – kerana demikianlah Dia memberikan tidur lena kepada orang yang dikasihi-Nya.

[3] Ketahuilah, anak-anak ialah warisan daripada Tuhan, hasil daripada rahim adalah suatu ganjaran.

[4] Seperti anak-anak panah di tangan perwira demikianlah anak-anak daripada usia muda seseorang.

[5] Diberkatilah orang yang banyak mempunyai anak-anak panah demikian. Mereka tidak akan malu tetapi akan berbicara dengan musuh mereka di pintu pagar.

Mazmur — Chapters