Skip to content
Opens in a new window
Listen to this chapter • 1:43

[1] Mengapakah bangsa-bangsa berpakat dan kaum-kaum berkomplot dengan sia-sia?

[2] Raja-raja bumi ini menegakkan pendirian dan para pemerintah bermuafakat untuk melawan Tuhan dan melawan Dia yang diurapi-Nya;

[3] Mereka berkata, "Mari kita putuskan rantai pengikat mereka, dan buangkan belenggu mereka."

[4] Dia yang bertakhta di syurga tertawa; Tuhan mencemuh mereka.

[5] Kemudian Dia menegur mereka dalam kemarahan-Nya dan menakutkan mereka dalam kemurkaan-Nya, sambil berfirman,

[6] "Aku telah menabalkan Raja-Ku di atas Sion, bukit suci-Ku."

[7] Aku akan mengisytiharkan firman Tuhan: Dia berkata kepadaku, "Engkau Anak-Ku; pada hari ini Aku menjadi Bapa-Mu.

[8] Mintalah daripada-Ku, Aku akan menjadikan segala bangsa warisan-Mu, dan setiap pelosok bumi milik-Mu.

[9] Engkau akan memerintah mereka dengan tongkat besi; dan menghancurkan mereka seperti tembikar."

[10] Oleh itu, hai kamu raja-raja, bijaksanalah; berhati-hatilah, kamu para pemerintah bumi.

[11] Layanlah Tuhan dengan rasa takut dan bersukacitalah dengan gementar.

[12] Ciumlah Anak itu, jangan sampai Dia marah lalu kamu dibinasakan di jalan, kerana kemurkaan-Nya mudah bermarak. Diberkatilah semua orang yang bernaung kepada-Nya.

Mazmur — Chapters