[1] Tunjukkanlah kebenaranku, ya Tuhan, kerana aku telah hidup dalam ketulusan; dan aku percaya kepada Tuhan maka aku tidak tergelincir.
[2] Periksalah aku, ya Tuhan, dan dugalah aku, ujilah fikiran dan hatiku;
[3] kerana aku melihat belas kasih-Mu, dan aku telah hidup dalam kebenaran-Mu.
[4] Aku tidak duduk bersama penyembah berhala, dan tidak menyertai orang munafik;
[5] aku membenci perhimpunan orang yang berbuat jahat dan tidak akan duduk di sisi orang zalim.
[6] Aku akan membasuh tanganku dalam kesucian, dengan demikian aku ke tempat menyembah-Mu, Ya Tuhan,
[7] supaya aku dapat mengisytiharkan dengan suara kesyukuran segala perbuatan-Mu yang menakjubkan.
[8] Ya Tuhan, aku mencintai rumah-Mu, dan tempat kemuliaan-Mu.
[9] Janganlah himpunkan jiwaku dengan orang berdosa, dan hidupku dengan manusia penumpah darah,
[10] yang merancang perbuatan zalim, manakala tangan mereka penuh rasuah.
[11] Tetapi aku, aku akan terus hidup dalam kebaikan; tebuslah aku dan kasihanilah aku.
[12] Kakiku berpijak di tempat mantap; dalam perhimpunan aku akan memuji Tuhan.