Skip to content
Opens in a new window
Listen to this chapter • 1:52

[1] Raja akan bersukacita dengan kekuatan-Mu, ya Tuhan. Dan dengan penyelamatan-Mu betapa gembiranya dia!

[2] Engkau telah memberinya hasrat hatinya dan tidak menolak permohonan yang disuarakannya. Sela

[3] Engkau melimpahinya dengan berkat kebaikan; Engkau memakaikannya mahkota emas tulen.

[4] Dia memohon hidup daripada-Mu, lalu Kaukurniakan – panjang umur untuk selama-lamanya.

[5] Penyelamatan-Mu memberinya kemuliaan yang besar; Engkau mengurniainya kehormatan dan kedaulatan.

[6] Kerana Engkau telah menjadikannya paling diberkati selama-lamanya Engkau membuatnya paling bahagia dengan kehadiran-Mu.

[7] Kerana raja percaya penuh kepada Tuhan; dengan kasih setia Yang Maha Tinggi dia tidak akan dapat digugat.

[8] Tangan-Mu akan memberkas semua musuh-Mu; kekuasaan-Mu akan dapat mencari mereka yang membenci-Mu.

[9] Engkau akan membakar mereka dalam nyala api ketika Engkau murka. Tuhan akan menyambar mereka dalam kemurkaan-Nya, dan api itu akan memusnahkan mereka.

[10] Segala zuriat mereka akan Kaulenyapkan dari bumi, dan keturunan mereka daripada kalangan anak manusia.

[11] Kerana mereka telah berniat jahat terhadap-Mu mereka menyusun rancangan yang tidak dapat mereka laksanakan;

[12] Oleh itu, Engkau akan membuat mereka undur Engkau akan membidik muka mereka dengan anak panah-Mu.

[13] Maha Tinggi Engkau, Ya Tuhan, dalam kekuatan-Mu; Kami akan menyanyi memuji kekuasaan-Mu.

Mazmur — Chapters