Skip to content
Opens in a new window
Listen to this chapter • 1:45

[1] Ya Tuhan, aku berseru kepada-Mu; segeralah datang kepadaku. Dengarlah suaraku apabila aku berseru kepada-Mu.

[2] Biarlah doaku hadir di hadapan-Mu sebagai setanggi; penadahan tanganku sebagai korban persembahan petang.

[3] Jagalah, ya Tuhan, mulutku; awasilah pintu bibirku.

[4] Jangan cenderungkan hatiku ke arah kejahatan, untuk mengamalkan pekerjaan zalim dengan orang yang melakukan durjana; dan jangan biarkan aku makan hidangan lazat mereka.

[5] Biarlah orang yang benar memukulku – itu suatu kebaikan kepadaku; biarlah dia memarahiku – itu seperti minyak yang unggul. Janganlah biarkan kepalaku menolaknya. Namun demikian, doaku tetap menentang perbuatan orang durjana;

[6] hakim-hakim mereka dihumbankan dari tepi gaung, dan mereka mendengar kata-kataku kerana kata-kataku manis.

[7] Mereka akan berkata, "Tulang-tulang kami berserakan di lubang kubur, seperti ketika orang membajak dan memecah-mecahkan tanah."

[8] Tetapi mataku tertumpu kepada-Mu, ya Allah, ya Tuhanku; kepada-Mu aku berlindung – janganlah tinggalkan jiwaku dalam kepapaan.

[9] Jauhkan aku daripada jerat yang telah dipasang oleh mereka untukku, dan daripada perangkap orang yang melakukan kejahatan.

[10] Biarlah orang zalim terjerumus ke dalam jerat mereka sendiri, sedangkan aku terlepas dan selamat.

Mazmur — Chapters