Skip to content
Opens in a new window
Listen to this chapter • 1:36

[1] Benarkah kamu menegakkan kebenaran, hai kamu yang membisu? Adakah kamu menghakimi dengan adil, hai anak-anak manusia?

[2] Tidak, hatimu merancang kejahatan, tanganmu melakukan keganasan di bumi ini.

[3] Orang zalim tersisih sejak dalam rahim; mereka sesat sejak lahir, mereka berdusta.

[4] Racun mereka seperti racun ular yang bisa, mereka menutup telinga seperti ular tedung yang tuli,

[5] yang tidak mahu mendengar suara tuannya, walau betapa bijak memujuknya.

[6] Patahkanlah gigi singa-singa muda itu, ya Allah; cabutkan taring mereka, ya Tuhan!

[7] Biar mereka hilang seperti air mengalir terus-menerus; apabila mereka memanah, hancurkan anak panah mereka.

[8] Jadikan mereka seperti siput yang menjadi lendir, seperti anak yang dilahirkan mati, tidak sempat melihat matahari.

[9] Sebelum mereka sedar ditikam duri berapi – mereka akan disambar-Nya seperti dengan tiupan taufan dalam kemurkaan-Nya yang hidup dan menyala-nyala.

[10] Orang yang benar akan bergembira melihat pembalasan itu, lalu membasuh kaki dalam darah orang zalim.

[11] Maka orang akan berkata, "Sesungguhnya, orang yang benar mendapat ganjaran; sesungguhnya Allah mengadili di bumi ini."

Mazmur — Chapters