Skip to content
Opens in a new window
Listen to this chapter • 1:37

[1] Tuhan bertakhta memerintah, biarlah bumi bergembira; biarlah pulau-pulau yang banyak bersukacita.

[2] Awan dan kegelapan mengelilingi-Nya; perbenaran dan keadilan asas takhta-Nya.

[3] Api mendahului-Nya dan membakar musuh-Nya di sekeliling.

[4] Kilat-Nya menerangi dunia; bumi melihat dan gementar.

[5] Gunung-ganang cair seperti lilin kerana kehadiran Tuhan, kerana kehadiran Tuhan seluruh bumi.

[6] Seisi langit mengisytiharkan perbenaran-Nya, dan semua kaum melihat kemuliaan-Nya.

[7] Biarlah semuanya dimalukan, semua yang melayan patung-patung yang diukir, yang membanggakan berhala – sembahlah Dia, hai kamu semua, tuhan-tuhan!

[8] Sion mendengar dan bersukacita dan anak-anak perempuan Yehuda bergembira dengan penghakiman-Mu, ya Tuhan.

[9] Kerana Engkau, ya Tuhan, Maha Tinggi di atas seluruh bumi; Engkau ditinggikan jauh di atas semua tuhan.

[10] Kamu yang kasih akan Tuhan, bencilah kejahatan, Dia memelihara jiwa umat-Nya yang warak. Dia melepaskan mereka daripada tangan orang zalim.

[11] Cahaya disemai untuk orang yang benar dan sukacita untuk yang tulus hati.

[12] Bergembiralah kerana Tuhan, hai kamu yang benar, dan ucaplah syukur ketika mengingati nama-Nya yang suci.

Mazmur — Chapters