Skip to content
Opens in a new window
Listen to this chapter • 1:11

[1] Orang bodoh berkata dalam hatinya, "Tidak ada Allah." Mereka rosak akhlak, dan telah melakukan perbuatan keji; tiada yang berbuat baik.

[2] Allah memandang dari syurga kepada anak-anak manusia untuk melihat kalau ada yang mengerti, yang mencari Allah.

[3] Semuanya telah berpaling, bersama-sama rosak akhlak; tiada yang berbuat baik, tidak, tiada seorang pun.

[4] Tidakkah orang yang melakukan kejahatan ini tahu – mereka merampas hak umat-Ku dan tidak berseru kepada Allah?

[5] Sekarang mereka akan ditimpa ketakutan yang besar, mereka yang tidak mengenal takut dahulu. Kerana Allah telah menyerakkan tulang orang yang hendak menyerang kamu, umat-Nya; kamu telah menumpaskan mereka, kerana Allah benci akan mereka.

[6] Semoga penyelamatan Israel datang dari Sion! Apabila Allah memulihkan keadaan umat-Nya, bergembiralah Yakub dan bersukacitalah Israel.

Mazmur — Chapters