Skip to content
Opens in a new window
Listen to this chapter • 1:38

[1] Kami mengucap syukur kepada-Mu, ya Allah, kami mengucap syukur, kerana hasil kerja-Mu yang menakjubkan; mengisytiharkan bahawa nama-Mu dekat.

[2] Engkau berkata, "Apabila Aku memilih masa yang wajar; aku akan menghakimi dengan adil.

[3] Bumi dan semua penghuninya dilarutkan, aku memacakkan tiang-tiang cukup teguh. Sela

[4] Aku telah berfirman kepada orang yang angkuh, 'Janganlah melakukan sesuatu dengan cakap besar,' dan kepada orang zalim, 'Janganlah mengangkat tanduk.

[5] Janganlah mengangkat tandukmu tinggi-tinggi; janganlah bercakap dengan bertegang urat leher.' "

[6] Kerana peninggian tidak datang dari timur atau dari barat ataupun dari selatan.

[7] Tetapi Allah yang menjadi hakim: Dia menurunkan seseorang dan meninggikan orang lain.

[8] Kerana di tangan Tuhan ada cawan dan air anggur-Nya merah; sudah cukup dibancuh, lalu Dia menuangkannya, sesungguhnya semua orang zalim di bumi akan meneguknya sampai habis setiap titik.

[9] Tetapi aku akan mengisytiharkannya untuk selama-lamanya; aku akan menyanyikan pujian kepada Allah Yakub.

[10] Semua tanduk orang zalim akan dipotong-Nya, tetapi tanduk orang yang benar akan ditinggikan.

Mazmur — Chapters