Skip to content
Opens in a new window
Listen to this chapter • 1:09

[1] Ya Tuhan, betapa ramainya musuhku! Betapa ramai yang bangkit melawanku!

[2] Ramai yang berkata tentangku, "Allah tidak akan menyelamatkannya." Sela

[3] Tetapi Engkau ialah perisai yang melindungiku, ya Tuhan; Engkau mengurniakan kemuliaan dan mengangkat kepalaku.

[4] Kepada Tuhan aku berseru lantang, dan Dia menyahut seruanku dari bukit suci-Nya. Sela

[5] Aku baring dan tidur; aku terjaga semula, kerana Tuhan memeliharaku.

[6] Aku tidak akan takut kepada puluhan ribu yang bersiap sedia melawanku dari setiap pihak.

[7] Bangkitlah, ya Tuhan! Selamatkanlah aku, Ya Allahku! Palulah semua musuhku di tulang rahang mereka; patahkanlah gigi orang zalim.

[8] Daripada Tuhan datang penyelamatan. Semoga Engkau memberkati umat-Mu. Sela

Mazmur — Chapters