Skip to content
Opens in a new window
Listen to this chapter • 0:56

[1] Mereka yang menyandarkan kepercayaan kepada Tuhan seperti Bukit Sion, yang tidak dapat diganjak dan tetap selama-lamanya.

[2] Sebagaimana gunung-ganang mengelilingi Yerusalem, begitulah Tuhan mengelilingi umat-Nya dari sekarang untuk selama-lamanya.

[3] Kerana kezaliman tidak akan bertakhta di tanah yang diperuntukkan bagi orang yang benar, supaya orang yang benar tidak tergoda melakukan dosa.

[4] Buatlah kebaikan, ya Tuhan, kepada mereka yang baik, dan kepada mereka yang tulus.

[5] Bagi mereka yang berpaling kepada cara yang penuh tipu daya Tuhan akan membawa mereka pergi bersama orang yang melakukan dosa. Sejahteralah Israel.

Mazmur — Chapters