[1] Bersyukurlah kepada Tuhan, kerana Dia baik, kasih-Nya kekal selama-lamanya.
[2] Bersyukurlah kepada Allah segala allah, kasih-Nya kekal selama-lamanya.
[3] Bersyukurlah kepada Tuhan segala tuhan, kasih-Nya kekal selama-lamanya;
[4] kepada Dia yang satu-satunya melakukan keajaiban besar, kasih-Nya kekal selama-lamanya;
[5] kepada Dia yang dengan kebijaksanaan menjadikan langit, kasih-Nya kekal selama-lamanya;
[6] kepada Dia yang membentangkan bumi di atas perairan, kasih-Nya kekal selama-lamanya;
[7] kepada Dia yang menjadikan cahaya-cahaya besar, kasih-Nya kekal selama-lamanya;
[8] matahari untuk memerintah sewaktu siang, kasih-Nya kekal selama-lamanya;
[9] bulan dan bintang untuk memerintah sewaktu malam, kasih-Nya kekal selama-lamanya;
[10] kepada Dia yang memusnahkan anak sulung Mesir, kasih-Nya kekal selama-lamanya;
[11] dan mengeluarkan kaum Israel daripada kalangan mereka, kasih-Nya kekal selama-lamanya;
[12] dengan tangan yang perkasa, dan lengan yang terhulur; kasih-Nya kekal selama-lamanya;
[13] kepada Dia yang membelah Laut Merah, kasih-Nya kekal selama-lamanya;
[14] dan membolehkan kaum Israel berjalan melaluinya, kasih-Nya kekal selama-lamanya;
[15] tetapi menewaskan Firaun dan tenteranya di Laut Merah, kasih-Nya kekal selama-lamanya;
[16] kepada Dia yang memandu umat-Nya merentas gurun, Kasih-Nya kekal selama-lamanya;
[17] kepada Dia yang menggulingkan raja-raja besar, Kasih-Nya kekal selama-lamanya;
[18] dan membunuh raja-raja yang masyhur, kasih-Nya kekal selama-lamanya;
[19] Sihon raja orang Amori, kasih-Nya kekal selama-lamanya;
[20] dan Og raja Basan, kasih-Nya kekal selama-lamanya;
[21] dan memberikan tanah mereka sebagai warisan, kasih-Nya kekal selama-lamanya;
[22] warisan kepada hamba-Nya Israel, kasih-Nya kekal selama-lamanya;
[23] kepada Dia yang ingat kepada kita sewaktu kita tertindas, kasih-Nya kekal selama-lamanya;
[24] dan menyelamatkan kita daripada musuh kita, kasih-Nya kekal selama-lamanya;
[25] Dia memberikan makanan kepada semua makhluk, kasih-Nya kekal selama-lamanya.
[26] Bersyukurlah kepada Allah di syurga, kasih-Nya kekal selama-lamanya.