Skip to content
Opens in a new window

[1] Berserulah, Ayub. Adakah sesiapa yang memberikan jawapan? Adakah malaikat yang dapat engkau minta bantuan?

[2] Orang bodoh mati kerana sakit hati, orang bebal mati kerana iri hati.

[3] Aku pernah nampak orang bodoh yang kelihatan selamat, tetapi dengan serta-merta aku mengutuk tempat tinggal mereka.

[4] Anak-anak mereka tidak selamat; tiada orang membela mereka di mahkamah.

[5] Orang yang lapar makan hasil tanaman orang bodoh bahkan gandum yang ditengah belukar; dan orang yang haus harta mengidamkan kekayaan orang bodoh.

[6] Kejahatan tidak muncul dari tanah, kesusahan tidak timbul dari bumi.

[7] Manusia sendirilah yang mendatangkan kesusahan pada diri mereka, seperti bunga api yang berterbangan daripada api.

[8] Andaikata aku dalam keadaanmu, kepada Allah aku akan berseru, kepada-Nya aku akan mengadu, dan menyerahkan perkaraku.

[9] Kita tidak dapat memahami perbuatan besar Allah, dan mukjizat-Nya tidak terkira.

[10] Dia mencurahkan hujan ke tanah dan menyiram ladang hingga basah.

[11] Memang Allah yang meninggikan orang hina, dan membahagiakan orang susah.

[12] Dia menggagalkan rancangan orang licik, dan memerangkap orang cerdik, sehingga mereka terjerat oleh akal mereka dan segala usaha mereka tidak berjaya.

[14] Pada siang hari mereka ditimpa kegelapan, sehingga meraba-raba seperti pada waktu malam.

[15] Tetapi Allah menyelamatkan orang miskin daripada kematian, dan orang susah daripada penindasan.

[16] Dia memberikan harapan kepada orang miskin, dan membungkam mulut ketidakadilan.

[17] Berbahagialah orang yang ditegur Allah! Janganlah berasa kecil hati jika engkau diajar-Nya.

[18] Walaupun Allah menyakitimu, Dia akan mengubatimu; tangan-Nya yang melukakan, tangan-Nya juga yang akan menyembuhkan.

[19] Jikalau bahaya mengancam engkau, Dia akan selalu menyelamatkan engkau.

[20] Dia akan memelihara engkau pada masa kebuluran, dan melindungi engkau daripada maut pada masa peperangan.

[21] Allah akan menyelamatkan engkau daripada dusta dan fitnah; Dia akan menyelamatkan engkau apabila kebinasaan tiba.

[22] Apabila keganasan dan kelaparan melanda, engkau akan tabah bahkan tertawa. Engkau tidak takut dan cemas menghadapi binatang buas yang ganas.

[23] Ladang yang engkau bajak tidak akan berbatu, dan binatang liar tidak akan menyerang engkau.

[24] Engkau akan hidup aman di dalam khemahmu; apabila engkau memeriksa dombamu, semuanya selamat.

[25] Engkau akan mempunyai banyak keturunan, sebanyak rumput di padang ternakan.

[26] Seperti gandum masak dituai pada musimnya, engkau akan hidup sampai lanjut usia.

[27] Ayub, semua itu telah kami kaji dan dapati benar. Oleh itu, terimalah kerana hal itu benar.”

Ayub — Chapters