Skip to content
Opens in a new window

[1] Ayub, engkau menentang Allah Yang Maha Kuasa; mahukah engkau mengalah, atau mahukah engkau membantah?”

[3] Maka Ayub menjawab TUHAN,

[4] “Aku telah bercakap seperti orang bodoh, ya TUHAN. Jawapan apakah yang dapat aku berikan? Tiada lagi yang hendak aku katakan.

[5] Aku telah berkata lebih daripada yang sepatutnya.”

[6] Kemudian dari ribut, TUHAN berfirman lagi kepada Ayub,

[7] “Sekarang bertindaklah sebagai lelaki, dan jawablah soalan-soalan-Ku ini.

[8] Adakah engkau cuba membuktikan bahawa Aku tidak adil, dan menyalahkan Aku dengan membenarkan dirimu?

[9] Adakah engkau sekuat Aku? Bolehkah suaramu mengguntur sekuat suara-Ku?

[10] Jika demikian, bangkitlah dengan hormat dan megah; selubungilah dirimu dengan kebesaran dan kemuliaan.

[11] Perhatikanlah orang yang sombong; curahkanlah kemarahanmu dan hinakanlah mereka.

[12] Ya, pandanglah orang yang sombong dan tundukkanlah mereka; hancurkanlah orang jahat sekarang juga.

[13] Kuburkanlah mereka semua di dalam tanah; kurunglah mereka di dunia orang mati.

[14] Lalu engkau akan Kupuji, kerana engkau telah menang dengan usahamu sendiri.

[15] Perhatikanlah Behemot, makhluk raksasa itu, yang juga ciptaan-Ku, seperti engkau. Behemot makan rumput seperti lembu,

[16] tetapi perhatikanlah tenaga pada badannya, dan kekuatan pada ototnya.

[17] Ekornya tegak seperti pokok sedar, dan otot di kakinya sangat kuat.

[18] Tulangnya kuat seperti gangsa, dan kakinya umpama batang besi.

[19] Itulah makhluk yang paling menakjubkan antara segala ciptaan Allah. Behemot hanya dapat dikalahkan oleh Penciptanya.

[20] Di gunung tempat haiwan buas bermain, rumput tumbuh untuk memberinya makanan.

[21] Makhluk itu berbaring di bawah belukar berduri, dan bersembunyi di antara gelagah di paya.

[22] Belukar berduri dan pokok gandarusa di tepi anak sungai memberi tempat teduh kepadanya.

[23] Arus Sungai Yordan yang deras tidak ditakutinya, air yang memukul mukanya dihadapinya dengan tenang sahaja.

[24] Siapakah yang dapat membutakan matanya, lalu menangkapnya dengan menjerat muncungnya?

Ayub — Chapters