Skip to content
Opens in a new window

[1] Ayub, engkau tidak patut berkata bahawa engkau tidak bersalah di sisi Allah,

[3] ataupun bertanya kepada Allah, ‘Apakah kesan dosaku kepada-Mu? Aku tidak mendapat faedah walaupun aku tidak berdosa.’

[4] Ayub, aku akan memberikan jawapan kepadamu dan kepada sahabat-sahabatmu.

[5] Pandanglah langit dan perhatikan betapa tingginya awan.

[6] Jika engkau berdosa, hal itu tidak merugikan Allah. Jika engkau melakukan banyak kesalahan, hal itu tidak memberikan kesan kepada Allah.

[7] Adakah engkau menolong Allah dengan perbuatan baikmu? Allah tidak memerlukan apa-apa daripada kamu.

[8] Kawan-kawan sesamamu yang menderita akibat kejahatanmu, dan mereka juga yang beruntung kerana kebaikanmu.

[9] Apabila orang ditindas, mereka mengerang; mereka berteriak minta tolong.

[10] Tetapi mereka tidak berseru kepada Allah, Pencipta mereka, yang memberikan harapan pada waktu mereka berduka,

[11] dan yang menjadikan mereka lebih bijaksana daripada binatang di darat ataupun unggas di udara.

[12] Orang tertindas itu berseru, tetapi Allah tidak menjawab, kerana mereka sombong dan jahat.

[13] Tiada gunanya mereka berteriak dengan sekuat tenaga; Allah Yang Maha Kuasa tidak melihat atau mendengar mereka.

[14] Ayub, engkau berkata bahawa engkau tidak dapat melihat Dia; tetapi tunggulah dengan sabar - perkaramu ada di hadapan-Nya.

[15] Engkau berfikir bahawa Allah tidak menjatuhkan hukuman, dan bahawa Dia tidak mempedulikan pelanggaran.

[16] Sia-sialah engkau terus berkata-kata; jelaslah bahawa engkau tidak tahu apa yang kaukatakan.

Ayub — Chapters