Skip to content
Opens in a new window

[1] Jawapan yang lembut meredakan kemarahan, sedangkan kata-kata yang pedas membangkitkan amarah.

[2] Kata-kata orang bijak membuat pengetahuan menarik hati, tetapi kata-kata orang bodoh hanya kebodohan.

[3] TUHAN nampak apa yang berlaku di segala tempat; Dia memperhatikan kita, sama ada kita berbuat baik atau jahat.

[4] Kata-kata yang baik membangkitkan semangat, tetapi kata-kata yang kesat mematahkan semangat.

[5] Orang yang bodoh mengabaikan ajaran bapa; tetapi orang yang bijak menerima tegur ajar.

[6] Kekayaan orang baik kekal, tetapi kekayaan orang jahat hilang pada masa kesusahan.

[7] Pengetahuan disebarluaskan oleh orang bijak, bukan oleh orang bodoh.

[8] TUHAN berkenan apabila orang baik berdoa, tetapi Dia membenci korban yang dipersembahkan oleh orang jahat.

[9] TUHAN membenci cara hidup orang derhaka, tetapi Dia mengasihi orang yang berusaha untuk melakukan kehendak-Nya.

[10] Orang yang berbuat jahat akan dihukum dengan berat; orang yang tidak mahu menerima tegur ajar akan mati.

[11] Jika TUHAN mengetahui segala sesuatu tentang dunia orang mati, pasti Dia juga mengetahui fikiran manusia.

[12] Orang yang sombong tidak suka ditegur ajar; dia tidak pernah meminta nasihat daripada orang yang lebih bijak.

[13] Hati yang gembira membuat wajah berseri-seri; hati yang sedih mematahkan semangat.

[14] Orang yang bijak suka belajar, tetapi orang yang bodoh puas dengan kebodohan.

[15] Kehidupan orang miskin sentiasa susah, tetapi orang yang bersukacita sentiasa menikmati hidup.

[16] Lebih baik miskin dan takut kepada TUHAN, daripada kaya dan cemas.

[17] Lebih baik makan sayur tetapi disertai kasih sayang, daripada makan daging lazat tetapi disertai kebencian.

[18] Orang yang cepat marah menimbulkan pertengkaran, tetapi orang yang sabar mendatangkan perdamaian.

[19] Orang malas akan selalu mengalami kesusahan, tetapi orang jujur tidak menemui kesukaran.

[20] Anak yang bijak menyukakan hati bapanya; anak yang bodoh menghina ibunya.

[21] Orang bodoh puas dengan kebodohan, tetapi orang bijak melakukan apa yang betul.

[22] Rancangan berjaya jika disertai banyak nasihat; rancangan gagal jika tidak disertai pertimbangan.

[23] Kata-kata yang diucapkan tepat pada waktunya mendatangkan kegembiraan.

[24] Orang bijak mengambil jalan mendaki yang menuju kehidupan, bukan jalan menurun yang menuju maut.

[25] TUHAN akan merobohkan rumah orang sombong, tetapi tanah milik seorang balu dilindungi-Nya.

[26] TUHAN membenci fikiran yang keji, tetapi berkenan kepada kata-kata yang baik.

[27] Orang yang mencari keuntungan dengan cara haram, menghancurkan keluarga mereka. Orang yang tidak makan suap akan berumur panjang.

[28] Orang baik berfikir dahulu sebelum menjawab. Orang jahat menjawab tanpa berfikir sehingga mendatangkan kesusahan.

[29] TUHAN mendengarkan doa orang baik, tetapi Dia tidak mengendahkan orang jahat.

[30] Wajah gembira meriangkan hati, berita baik menyenangkan hati.

[31] Orang yang mengendahkan tegur ajar, tergolong orang bijak.

[32] Orang yang tidak mahu belajar, tidak menghargai diri mereka. Orang yang menerima tegur ajar, menjadi lebih bijak.

[33] Hormat dan takut kepada TUHAN adalah cara memperoleh hikmat. Kehormatan didahului oleh kerendahan hati.

Amsal — Chapters