Skip to content
Opens in a new window

[1] Masanya akan tiba apabila kamu bernyanyi, “TUHAN, aku bersyukur kepada-Mu, kerana Engkau menghibur aku. Dahulu Engkau murka terhadap aku, tetapi kini sudah reda kemurkaan-Mu.

[2] Allah ialah Penyelamatku; aku percaya kepada-Nya dan aku tidak takut. TUHAN memberikan kuasa dan kekuatan kepadaku; Dialah Penyelamatku.

[3] Sebagaimana air menggembirakan orang dahaga, demikianlah umat Allah bersukacita kerana diselamatkan oleh Allah.”

[4] Masanya akan tiba apabila kamu bernyanyi, “Bersyukurlah kepada TUHAN, dan sembahlah Dia! Khabarkanlah perbuatan-Nya kepada bangsa-bangsa. Beritahulah mereka kebesaran-Nya.

[5] Bernyanyilah bagi TUHAN kerana perbuatan-Nya yang besar. Hendaklah seluruh bumi mendengar tentang perbuatan-Nya itu.

[6] Hendaklah setiap penduduk Sion bersorak dan bernyanyi. Allah yang suci, Allah Israel itu agung, Dia tinggal di tengah-tengah kamu.”

Yesaya — Chapters