Skip to content
Opens in a new window
Listen to this chapter • 4:11

[1] Hati raja seumpama anak sungai di dalam tangan Tuhan, dialirkan-Nya ke mana sahaja Dia kehendaki.

[2] Setiap jalan orang lurus menurut pandangannya sendiri, tetapi Tuhan sajalah yang menimbang hati.

[3] Melakukan yang benar dan adil lebih disukai Tuhan daripada korban sembelihan.

[4] Mata yang sombong dan hati yang bongkak, iaitu pelita orang durjana, adalah dosa.

[5] Rancangan orang rajin hanya mendatangkan keuntungan, tetapi setiap orang yang terburu-buru hanya akan berkekurangan.

[6] Harta yang diperoleh dengan lidah dusta seperti wap yang lenyap bagi orang yang mengejar maut.

[7] Keganasan orang durjana menyeret mereka sendiri, kerana mereka enggan melakukan keadilan.

[8] Jalan orang yang bersalah bengkang-bengkok, tetapi langkah orang yang ikhlas adalah lurus.

[9] Lebih baik tinggal di sudut bumbung rumah daripada serumah dengan isteri yang suka bertengkar.

[10] Hati orang durjana menginginkan kejahatan, tidak ada belas kasihan di matanya bagi jirannya.

[11] Jika pencemuh dihukum, si betul bendul menjadi bijaksana, dan jika orang bijaksana diajar, dia memperoleh pengetahuan.

[12] Yang Maha Benar memperhatikan rumah orang durjana, lalu menjatuhkan orang durjana itu ke dalam kehancuran.

[13] Sesiapa menutup telinganya terhadap jeritan orang miskin, tidak akan dijawab ketika dia sendiri berseru-seru.

[14] Pemberian secara diam-diam memadamkan amarah, rasuah secara bersembunyi-sembunyi meredakan murka besar.

[15] Melakukan keadilan adalah kesukaan bagi orang benar, tetapi menakutkan bagi orang yang berbuat jahat.

[16] Orang yang menyimpang dari jalan kebijaksanaan, akan tinggal di perhimpunan para arwah.

[17] Orang yang suka bersenang-senang akan menjadi si miskin, dan sesiapa menyukai air anggur serta minyak, tidak akan kaya.

[18] Orang durjana menjadi tebusan bagi orang benar, dan pengkhianat bagi orang yang lurus hati.

[19] Lebih baik tinggal di gurun daripada bersama isteri yang suka bertengkar dan pemarah.

[20] Ada harta yang berharga dan minyak di dalam rumah orang bijaksana, tetapi orang bodoh memboroskan hartanya.

[21] Sesiapa mengejar perbenaran dan kasih akan menemukan kehidupan, kebenaran, dan kehormatan.

[22] Orang bijaksana dapat menyerang kota para kesateria perkasa, dan merobohkan benteng-benteng yang diharapkan mereka.

[23] Sesiapa menjaga mulut dan lidahnya, menjaga jiwanya daripada malapetaka.

[24] Orang yang angkuh dan sombong itu "pencemuh" namanya; dia bertindak amat biadab dan sangat angkuh!

[25] Keinginan si pemalas membunuh dirinya, kerana tangannya enggan bekerja.

[26] Sepanjang hari dia terus menginginkan sesuatu, tetapi orang benar terus memberi tanpa menahan dirinya.

[27] Korban sembelihan orang durjana adalah kekejian, apatah lagi jika dipersembahkan dengan niat jahat.

[28] Saksi dusta akan binasa, tetapi orang yang taat dan patuh akan terus berbicara.

[29] Orang yang durjana menebalkan mukanya, tetapi orang yang lurus hati mengatur jalannya.

[30] Tidak ada kebijaksanaan, tidak ada pengertian, dan tidak ada pertimbangan yang dapat melawan Tuhan.

[31] Kuda diperlengkap untuk hari peperangan, tetapi kemenangan berasal daripada Tuhan.

Amsal — Chapters