[1] Inilah senarai keturunan Adam. (Pada masa Allah menciptakan manusia, Allah menjadikan mereka seperti diri-Nya sendiri.
[2] Dia menciptakan mereka lelaki dan perempuan. Dia memberkati mereka dan menamakan mereka “Manusia”.)
[3] Ketika Adam berumur 130 tahun, dia mendapat seorang anak lelaki yang mirip dengan dia, lalu dia menamakannya Set.
[4] Selepas itu Adam hidup selama 800 tahun lagi, dan mendapat anak-anak lain.
[5] Adam meninggal ketika berumur 930 tahun.
[6] Ketika Set berumur 105 tahun, dia mendapat seorang anak lelaki bernama Enos.
[7] Selepas itu Set hidup selama 807 tahun lagi, dan mendapat anak-anak lain.
[8] Set meninggal ketika berumur 912 tahun.
[9] Ketika Enos berumur 90 tahun, dia mendapat seorang anak lelaki bernama Kenan.
[10] Selepas itu Enos hidup selama 815 tahun lagi, dan mendapat anak-anak lain.
[11] Enos meninggal ketika berumur 905 tahun.
[12] Ketika Kenan berumur 70 tahun, dia mendapat seorang anak lelaki bernama Mahalaleel.
[13] Selepas itu Kenan hidup selama 840 tahun lagi, dan mendapat anak-anak lain.
[14] Dia meninggal ketika berumur 910 tahun.
[15] Ketika Mahalaleel berumur 65 tahun, dia mendapat seorang anak lelaki bernama Yared.
[16] Selepas itu Mahalaleel hidup selama 830 tahun lagi, dan mendapat anak-anak lain.
[17] Dia meninggal ketika berumur 895 tahun.
[18] Ketika Yared berumur 162 tahun, dia mendapat seorang anak lelaki bernama Henokh.
[19] Selepas itu Yared hidup selama 800 tahun lagi, dan mendapat anak-anak lain.
[20] Dia meninggal ketika berumur 962 tahun.
[21] Ketika Henokh berumur 65 tahun, dia mendapat seorang anak lelaki bernama Metusalah.
[22] Selepas itu, Henokh hidup akrab dengan Allah selama 300 tahun. Henokh mendapat anak-anak lain
[23] dan mencapai umur 365 tahun.
[24] Oleh sebab Henokh selalu hidup akrab dengan Allah, dia menghilang kerana diambil oleh Allah.
[25] Ketika Metusalah berumur 187 tahun, dia mendapat seorang anak lelaki bernama Lamekh.
[26] Selepas itu Metusalah hidup selama 782 tahun lagi, dan mendapat anak-anak lain.
[27] Dia meninggal ketika berumur 969 tahun.
[28] Ketika Lamekh berumur 182 tahun, dia mendapat seorang anak lelaki.
[29] Lamekh berkata, “Anak ini akan memberi keringanan pada masa kita bekerja keras untuk mengusahakan tanah yang dikutuk oleh TUHAN.” Maka Lamekh menamakan anak itu Nuh.
[30] Selepas itu Lamekh hidup selama 595 tahun lagi, dan mendapat anak-anak lain.
[31] Lamekh meninggal ketika berumur 777 tahun.
[32] Ketika Nuh berumur 500 tahun, dia mendapat tiga orang anak lelaki, iaitu Sem, Yafet, dan Ham.