Skip to content
Opens in a new window

[1] TUHAN berfirman kepadaku,

[2] “Hai manusia fana, apakah perbezaan pokok anggur dengan pokok lain? Apakah gunanya carang pokok anggur jika dibandingkan dengan pokok-pokok di hutan?

[3] Bolehkah carang pokok anggur itu digunakan untuk membuat apa-apa? Bolehkah carangnya dijadikan pasak untuk menggantung barang?

[4] Carang tidak ada gunanya selain dijadikan kayu bakar. Apabila kedua-dua hujungnya habis terbakar dan bahagian tengahnya hangus, masihkah ada gunanya?

[5] Sebenarnya, sebelum dibakar carang pokok anggur tidak berguna sama sekali. Apalagi setelah dibakar, carang itu lebih lagi tidak berguna!”

[6] Inilah firman TUHAN Raja, “Sebagaimana carang pokok anggur diambil dari hutan dan dibakar, demikian juga Aku akan memperlakukan penduduk Yerusalem,

[7] dan menghukum mereka. Walaupun mereka telah terluput daripada api, mereka akan dibakar oleh api juga. Apabila Aku menghukum mereka kelak, barulah engkau tahu bahawa Akulah TUHAN.

[8] Mereka tidak setia kepada-Ku. Oleh itu Aku akan menjadikan negeri mereka padang gurun.” TUHAN Raja telah berfirman.

Yehezkiel — Chapters