[1] Isakhar mempunyai empat orang anak lelaki: Tola, Pua, Yasub, dan Simron.
[2] Tola mempunyai enam orang anak lelaki: Uzi, Refaya, Yeriel, Yahmai, Yibsam, dan Samuel. Mereka ketua keluarga dalam puak Tola dan terkenal sebagai askar perkasa. Pada masa pemerintahan Raja Daud, keturunan mereka berjumlah 22,600 orang.
[3] Uzi mempunyai seorang anak lelaki bernama Yizrahya. Yizrahya dan empat orang anak lelakinya, Mikhael, Obaja, Yoel, dan Yisia ialah ketua-ketua keluarga.
[4] Isteri dan anak-anak mereka sangat banyak sehingga keturunan mereka dapat menyediakan 36,000 orang lelaki untuk menjadi askar.
[5] Menurut senarai rasmi, semua keluarga dalam suku Isakhar mempunyai 87,000 orang lelaki yang layak menjadi askar.
[6] Benyamin mempunyai tiga orang anak lelaki: Bela, Bekher, dan Yediael.
[7] Bela mempunyai lima orang anak lelaki: Ezbon, Uzi, Uziel, Yerimot, dan Iri. Mereka ketua keluarga dan terkenal sebagai askar perkasa. Dalam senarai keturunan mereka ada tercatat 22,034 orang lelaki yang layak menjadi askar.
[8] Bekher mempunyai sembilan orang anak lelaki: Zemira, Yoas, Eliezer, Elyoenai, Omri, Yeremot, Abia, Anatot, dan Alemet.
[9] Mereka adalah ketua keluarga dalam puak mereka. Menurut senarai rasmi, daripada semua keluarga dalam keturunan mereka, terdapat 20,200 orang lelaki yang layak menjadi askar.
[10] Yediael mempunyai seorang anak lelaki bernama Bilhan. Bilhan mempunyai tujuh orang anak lelaki: Yeus, Benyamin, Ehud, Kenaana, Zetan, Tarsis, dan Ahisahar.
[11] Mereka ketua keluarga dalam puak mereka dan terkenal sebagai askar perkasa. Dalam keturunan mereka, terdapat 17,200 orang lelaki yang layak menjadi askar.
[12] Supim dan Hupim adalah keturunan Ir. Husim ialah anak Dan.
[13] Naftali mempunyai empat orang anak lelaki: Yahziel, Guni, Yezer, dan Salum. Mereka cucu Bilha.
[14] Manasye dan gundiknya, seorang perempuan Aram, mempunyai dua orang anak lelaki: Asriel dan Makhir. Makhir ialah bapa Gilead.
[15] Makhir mendapatkan isteri bagi Hupim dan Supim. Nama isteri Makhir ialah Maakha. Anak Makhir yang kedua ialah Zelafead. Zelafead tidak mempunyai anak lelaki, hanya anak perempuan.
[16] Maakha, isteri Makhir melahirkan dua orang anak lelaki yang diberi nama Peres dan Seres. Peres mempunyai dua orang anak lelaki: Ulam dan Rekem.
[17] Ulam mempunyai seorang anak lelaki bernama Bedan. Mereka semua keturunan Gilead anak Makhir, cucu Manasye.
[18] Saudara perempuan Gilead yang bernama Molekhet mempunyai tiga orang anak lelaki: Isyhod, Abiezer, dan Mahla.
[19] Semida mempunyai empat orang anak lelaki: Ahyan, Sikhem, Likhi, dan Aniam.
[20] Efraim mempunyai tiga orang anak: Sutelah, Ezer, dan Elad. Inilah jurai keturunan Efraim: Sutelah, Bered, Tahat, Elada, Tahat, Zabad, dan Sutelah. Ezer dan Elad dibunuh ketika hendak mencuri binatang ternakan penduduk asli Gat.
[22] Bapa mereka berkabung berhari-hari lamanya dan saudara-saudaranya datang untuk menghibur dia.
[23] Kemudian Efraim mengadakan hubungan jenis dengan isterinya lagi, lalu isterinya mengandung dan melahirkan seorang anak lelaki. Efraim menamakan anak itu Beria kerana malapetaka yang telah dialami mereka.
[24] Efraim mempunyai seorang anak perempuan bernama Seera. Dialah yang membina kota Bet-Horon Hulu dan Bet-Horon Hilir, dan juga kota Uzen-Seera.
[25] Efraim juga mempunyai seorang anak lelaki bernama Refah. Inilah jurai keturunan Refah: Resef, Telah, Tahan,
[26] Ladan, Amihud, Elisama,
[27] Nun, Yosua.
[28] Wilayah yang dimiliki dan dijadikan tempat tinggal mereka termasuk Betel dan pekan-pekan di sekitarnya, sampai sejauh Naaran di sebelah timur, dan Gezer di sebelah barat, serta pekan-pekan di sekitar kota-kota itu. Kota Sikhem dan Aya, serta pekan-pekan di sekitar kota termasuk wilayah itu.
[29] Keturunan Manasye menguasai kota Bet-Sean, Taanakh, Megido, dan Dor serta pekan-pekan di sekitar kota. Semua kawasan itu adalah tempat tinggal keturunan Yusuf anak Yakub.
[30] Asyer mempunyai empat orang anak lelaki: Yimna, Yiswa, Yiswi, dan Beria; dan juga seorang anak perempuan bernama Serah.
[31] Beria mempunyai dua orang anak lelaki: Heber dan Malkiel. Malkiel ialah pembina kota Birzait.
[32] Heber mempunyai tiga orang anak lelaki: Yaflet, Somer, dan Hotam; dan juga seorang anak perempuan bernama Sua.
[33] Yaflet juga mempunyai tiga orang anak lelaki: Pasakh, Bimhal, dan Asywat.
[34] Somer, saudara lelakinya mempunyai tiga orang anak lelaki: Ahi, Rohga, Yehuba, dan Aram.
[35] Hotam, saudara lelakinya mempunyai empat orang anak lelaki: Zofah, Yimna, Seles, dan Amal.
[36] Keturunan Zofah ialah Suah, Harnefer, Syual, Beri, Yimra,
[37] Bezer, Hod, Sama, Silsa, Yitran, dan Beera.
[38] Keturunan Yeter ialah Yefune, Pispa, dan Ara.
[39] Keturunan Ula ialah Arah, Haniel, dan Rizya.
[40] Itulah keturunan Asyer. Mereka semua ketua keluarga, dan terkenal sebagai askar perkasa, dan pemimpin yang terkemuka. Dalam senarai keturunan Asyer ada tercatat 26,000 orang lelaki yang layak menjadi askar.