[1] Lewi mempunyai tiga orang anak lelaki: Gerson, Kehat, dan Merari.
[2] Kehat mempunyai empat orang anak lelaki: Amram, Yizhar, Hebron, dan Uziel.
[3] Amram mempunyai dua orang anak lelaki: Harun dan Musa, dan seorang anak perempuan bernama Miryam. Harun mempunyai empat orang anak lelaki: Nadab, Abihu, Eleazar, dan Itamar.
[4] Urutan salasilah Eleazar adalah seperti berikut: Pinehas, Abisua,
[5] Buki, Uzi,
[6] Zerahya, Merayot,
[7] Amarya, Ahitub,
[8] Zadok, Ahimaas,
[9] Azarya, Yohanan.
[10] Azarya (dia bertugas di Rumah TUHAN yang dibina oleh Raja Salomo di Yerusalem),
[11] Amarya, Ahitub,
[12] Zadok, Salum,
[13] Hilkia, Azarya,
[14] Seraya, Yozadak.
[15] Yozadak juga turut diangkut bersama-sama orang Yehuda dan penduduk Yerusalem yang lain ketika TUHAN membuang mereka ke negeri lain dengan perantaraan Raja Nebukadnezar.
[16] Lewi mempunyai tiga orang anak lelaki: Gerson, Kehat, dan Merari.
[17] Mereka juga mempunyai anak lelaki. Libni dan Simei ialah anak-anak Gerson.
[18] Amram, Yizhar, Hebron, dan Uziel ialah anak-anak Kehat.
[19] Mahli dan Musi ialah anak-anak Merari.
[20] Inilah jurai keturunan Gerson: Libni, Yahat, Zima,
[21] Yoah, Ido, Zerah, Yeatrai.
[22] Inilah jurai keturunan Kehat: Aminadab, Korah, Asir,
[23] Elkana, Ebyasaf, Asir,
[24] Tahat, Uriel, Uzia, Saul.
[25] Elkana mempunyai dua orang anak lelaki: Amasai dan Ahimot.
[26] Inilah jurai keturunan Ahimot: Elkana, Zofai, Nahat,
[27] Eliab, Yeroham, Elkana.
[28] Samuel mempunyai dua orang anak lelaki: Yoel yang sulung, dan Abia yang bongsu.
[29] Inilah jurai keturunan Merari: Mahli, Libni, Simei, Uza,
[30] Simea, Hagia, Asaya.
[31] Raja Daud memilih beberapa orang untuk mengurus lagu puji-pujian di tempat ibadat di Yerusalem, setelah Tabut Perjanjian dipindahkan ke sana.
[32] Mereka bertugas secara bergilir di Khemah TUHAN pada masa Raja Salomo belum membina Rumah TUHAN.
[33] Salasilah orang yang diberikan tugas itu adalah seperti berikut: Daripada puak Kehat: Heman anak Yoel ialah pemimpin kumpulan penyanyi yang pertama. Salasilahnya yang disusur sampai ke pangkal, iaitu hingga Yakub: Heman, Yoel, Samuel,
[34] Elkana, Yeroham, Eliel, Toah,
[35] Zuf, Elkana, Mahat, Amasai,
[36] Elkana, Yoel, Azarya, Zefanya,
[37] Tahat, Asir, Ebyasaf, Korah,
[38] Yizhar, Kehat, Lewi, Yakub.
[39] Asaf ialah pemimpin kumpulan penyanyi yang kedua. Salasilahnya yang disusur sampai ke pangkal, iaitu hingga Lewi: Asaf, Berekhya, Simea,
[40] Mikhael, Baaseya, Malkia,
[41] Etai, Zerah, Adaya,
[42] Etan, Zima, Simei,
[43] Yahat, Gerson, Lewi.
[44] Etan ialah pemimpin kumpulan penyanyi yang ketiga; Etan daripada puak Merari. Salasilahnya yang disusur sampai ke pangkal, iaitu hingga Lewi: Etan, Kisi, Abdi, Malukh,
[45] Hasabya, Amazia, Hilkia,
[46] Amzi, Bani, Semer,
[47] Mahli, Musi, Merari, Lewi.
[48] Tugas-tugas lain di tempat ibadat diserahkan kepada rakan-rakan mereka sesama orang Lewi.
[49] Harun dan keturunannya bertanggungjawab membakar kemenyan, dan mempersembahkan korban yang dibakar di atas mazbah. Mereka juga bertanggungjawab melakukan segala upacara ibadat di Bilik Maha Suci dan mempersembahkan korban-korban supaya Allah mengampunkan dosa umat Israel. Semua tugas itu dilakukan mereka menurut petunjuk yang diberikan oleh Musa, hamba Allah.
[50] Inilah jurai keturunan Harun: Eleazar, Pinehas, Abisua,
[51] Buki, Uzi, Zerahya,
[52] Merayot, Amarya, Ahitub,
[53] Zadok, Ahimaas.
[54] Inilah kawasan penempatan yang diberikan kepada puak Kehat keturunan Harun. Mereka menerima bahagian pertama daripada tanah yang ditentukan untuk orang Lewi.
[55] Tanah mereka meliputi kota Hebron di wilayah Yehuda, dan padang rumput di sekitarnya.
[56] Tetapi ladang-ladang dan pekan-pekan di sekitar kota itu diberikan kepada Kaleb anak Yefune.
[57] Keturunan Harun mendapat kota-kota berikut, bersama dengan padang rumput di sekitar kota: Hebron, iaitu kota perlindungan, Yatir, pekan-pekan Libna, Estemoa, Hilen, Debir, Asan, Bet-Semes.
[60] Di wilayah suku Benyamin mereka mendapat kota-kota berikut bersama dengan padang rumput di sekitar kota: Geba, Alemet, dan Anatot. Jumlah semuanya sebanyak tiga belas buah kota untuk tempat tinggal keluarga-keluarga mereka.
[61] Dengan membuang undi, sepuluh buah kota di wilayah suku Manasye Barat dibahagi-bahagikan kepada keluarga-keluarga lain dalam puak Kehat.
[62] Keluarga-keluarga dalam puak Gerson diberikan tiga belas buah kota di wilayah suku Isakhar, Asyer, Naftali, dan Manasye Timur di Basan.
[63] Dengan membuang undi juga, keluarga-keluarga dalam puak Merari mendapat dua belas buah kota di wilayah suku Ruben, Gad, dan Zebulon.
[64] Begitulah caranya umat Israel memberikan kota-kota dengan padang rumput di sekitar kota, sebagai tempat tinggal orang Lewi.
[65] Kota-kota di wilayah suku Yehuda, Simeon, dan Benyamin yang telah disebut itu, juga dibahagikan dengan membuang undi.
[66] Di wilayah suku Efraim, beberapa keluarga dalam puak Kehat diberikan kota-kota berikut bersama dengan padang rumput di sekitar kota:
[67] Sikhem, kota perlindungan di perbukitan Efraim, Gezer,
[68] Yokmeam, Bet-Horon,
[69] Ayalon, dan Gat-Rimon.
[70] Di wilayah suku Manasye Barat, mereka menerima kota Aner dan Bileam dengan padang rumput di sekitar kota.
[71] Keluarga-keluarga dalam puak Gerson diberikan kota-kota berikut bersama dengan padang rumput di sekitar kota: Di wilayah suku Manasye Timur: Golan di Basan, dan Asytarot.
[72] Di wilayah suku Isakhar: Kedes, Daberat,
[73] Ramot, dan Anem.
[74] Di wilayah suku Asyer: Masal, Abdon,
[75] Hukok, dan Rehob.
[76] Di wilayah suku Naftali: Kedes di Galilea, Hamon, dan Kiryataim.
[77] Keluarga-keluarga lain dalam puak Merari, diberikan kota berikut dengan padang rumput di sekitar kota: Di wilayah suku Zebulon: Rimono dan Tabor.
[78] Di wilayah suku Ruben, di sebelah timur Sungai Yordan, dekat Yerikho: Bezer di dataran tinggi, Yahas,
[79] Kedemot, dan Mefaat.
[80] Di wilayah suku Gad: Ramot di Gilead, Mahanaim,
[81] Hesybon, dan Yaezer.