Skip to content
Opens in a new window
Listen to this chapter • 1:17

[1] Inilah firman yang disampaikan oleh Nabi Yeremia kepada Barukh anak Neria pada tahun keempat zaman pemerintahan Yoyakim anak Yosia, raja Yehuda, ketika Barukh menuliskan perkataan-perkataan tersebut dalam sebuah kitab langsung daripada penuturan Nabi Yeremia,

[2] "Beginilah firman Tuhan, Allah Israel, kepadamu, wahai Barukh!

[3] Engkau telah berkata, 'Malangnya aku kerana Tuhan telah menambahkan dukacita pada penderitaanku! Aku penat berkeluh-kesah dan tidak mendapat ketenteraman.' "

[4] Beginilah harus kaukatakan kepadanya, "Demikianlah firman Tuhan, 'Sesungguhnya, Aku akan meruntuhkan apa yang Kubina dan Aku akan mencabut apa yang Kutanam. Begitulah halnya di seluruh negeri itu.

[5] Haruskah kaucari bagi dirimu hal-hal yang besar? Jangan mencarinya. Sesungguhnya, Aku akan mendatangkan malapetaka atas semua manusia, demikianlah firman Tuhan, tetapi nyawamu akan Kukurniakan seperti barang jarahan bagi dirimu sendiri ke mana-mana pun engkau pergi."

Yeremia — Chapters