Skip to content
Opens in a new window
Listen to this chapter • 1:19

[1] Pada hari itu kamu akan berkata, "Aku mahu mengucap syukur kepada-Mu, ya Tuhan, kerana sungguhpun Engkau telah murka kepadaku, murka-Mu telah surut dan Engkau menghiburkan aku.

[2] Sesungguhnya, Allah ialah penyelamatanku. Aku percaya dan tidak gentar, kerana Tuhan Allah sajalah, kekuatanku dan puji-pujianku. Dia telah menjadi penyelamatanku."

[3] Dengan girang kamu akan menimba air daripada mata air penyelamatan.

[4] Pada hari itu kamu akan berkata, "Ucapkanlah syukur kepada Tuhan, serulah nama-Nya. Beritahukanlah perbuatan-Nya kepada bangsa-bangsa, masyhurkanlah bahawa nama-Nya luhur.

[5] Lantunkanlah puji-pujian bagi Tuhan, kerana perbuatan-Nya agung. Biarlah hal ini diketahui di seluruh bumi.

[6] Pekiklah dan bersorak-sorailah, wahai penduduk Sion, kerana Yang Maha Suci, Allah Israel, agung di tengah-tengahmu."

Yesaya — Chapters