[1] Datanglah firman Tuhan kepadaku demikian,
[2] 'Wahai anak manusia, apakah kelebihan pokok anggur berbanding dengan segala pokok bercabang yang ada antara pokok hutan?
[3] Masakan kayunya diambil untuk membuat sesuatu? Masakan orang membuat pasak daripadanya untuk menggantungkan barang padanya?
[4] Sesungguhnya, kayu itu dicampakkan ke dalam api untuk dibakar. Kedua-dua hujungnya dimakan api dan bahagian tengahnya hangus. Masakan ia berguna untuk sesuatu?
[5] Lihatlah, ketika masih utuh pun kayu itu tidak dapat digunakan untuk sesuatu. Apa lagi setelah dimakan api dan hangus! Masakan kayu itu masih dapat digunakan untuk sesuatu?
[6] Oleh sebab itu beginilah firman Tuhan Allah, "Seperti kayu pokok anggur di antara segala pokok di hutan, yang Kuserahkan ke dalam api untuk dibakar, demikianlah Aku akan menyerahkan penduduk Yerusalem.
[7] Aku akan memusuhi mereka. Walaupun mereka terlepas daripada api, mereka tetap ditelan api itu. Maka pada waktu Aku memusuhi mereka, kamu akan tahu bahawa Akulah Tuhan.
[8] Aku akan membuat negeri itu menjadi sunyi sepi, kerana mereka telah berbuat mungkar, demikianlah firman Tuhan Allah.'