[1] TUHAN memberikan petunjuk berikut kepada Musa dan Harun.
[2] Pada masa orang Israel berkhemah, setiap orang harus berkhemah di bawah panji kumpulannya, dan di bawah lambang puaknya. Khemah-khemah harus dipasang di sekeliling Khemah TUHAN tetapi tidak terlalu dekat.
[3] Di bahagian timur, orang di bawah panji kumpulan Yehuda harus berkhemah menurut kelompok mereka, dengan pemimpin masing-masing: Suku Pemimpin Bilangan Orang Yehuda Nahason anak Aminadab 74,600 Isakhar Netaneel anak Zuar 54,400 Zebulon Eliab anak Helon 57,400 Jumlah: 186,400 Kumpulan Yehuda adalah kumpulan pertama yang berangkat.
[10] Di bahagian selatan, orang di bawah panji kumpulan Ruben harus berkhemah menurut kelompok mereka, dengan pemimpin masing-masing: Suku Pemimpin Bilangan Orang Ruben Elizur anak Syedeur 46,500 Simeon Selumiel anak Zurisyadai 59,300 Gad Elyasaf anak Rehuel 45,650 Jumlah: 151,450 Kumpulan Ruben adalah kumpulan kedua yang berangkat.
[17] Sesudah itu, orang Lewi yang memikul Khemah TUHAN harus berjalan di antara dua kumpulan yang pertama dan dua kumpulan yang terakhir. Tiap-tiap kumpulan harus berjalan menurut susunan semasa berkhemah; masing-masing pada tempatnya dan di bawah panjinya.
[18] Di bahagian barat, orang di bawah panji kumpulan Efraim harus berkhemah menurut kelompok mereka, dengan pemimpin masing-masing: Suku Pemimpin Bilangan Orang Efraim Elisama anak Amihud 40,500 Manasye Gamaliel anak Pedazur 32,200 Benyamin Abidan anak Gideoni 35,400 Jumlah: 108,100 Kumpulan Efraim adalah kumpulan ketiga yang harus berangkat.
[25] Di bahagian utara, orang di bawah panji kumpulan Dan harus berkhemah menurut kelompok mereka, dengan pemimpin masing-masing: Suku Pemimpin Bilangan Orang Dan Ahiezer anak Amisyadai 62,700 Asyer Pagiel anak Okhran 41,500 Naftali Ahira anak Enan 53,400 Jumlah: 157,600 Kumpulan Dan adalah kumpulan terakhir yang berangkat.
[32] Jumlah orang Israel yang didaftarkan di dalam kumpulan-kumpulan itu, kelompok demi kelompok, adalah 603,550 orang.
[33] Sebagaimana yang diperintahkan TUHAN kepada Musa, suku Lewi tidak didaftarkan bersama dengan orang Israel lain.
[34] Maka orang Israel melakukan semua yang diperintahkan TUHAN kepada Musa. Mereka berkhemah di bawah panji masing-masing, dan mereka berangkat bersama dengan puak masing-masing.