[1] Tanamlah modal di luar negeri; pasti kamu mendapat keuntungan pada kemudian hari.
[2] Tanamlah modalmu dalam berbagai-bagai usaha niaga, bahkan dalam banyak usaha; oleh sebab orang perlu berwaspada sebelum bencana menimpa.
[3] Ke arah mana pun sebatang pokok tumbang, di situlah pokok itu akan terlintang. Apabila awan sudah mendung, hari pun hujan.
[4] Sesiapa yang menunggu hingga angin dan cuaca baik, tidak akan menabur ataupun menuai apa-apa.
[5] Allah membuat segala-segalanya, dan manusia tidak dapat memahami tindakan-Nya sebagaimana manusia tidak memahami tumbuhnya kehidupan baru di dalam rahim ibu.
[6] Taburlah benih pada waktu pagi dan waktu petang juga, kerana kamu tidak tahu sama ada semuanya akan tumbuh, ataupun yang mana satu akan tumbuh dengan lebih subur.
[7] Memang cahaya matahari itu baik dinikmati.
[8] Bersyukurlah untuk setiap tahun kamu hidup. Betapa lama pun kamu hidup, masamu di alam maut lebih lama lagi. Tiada apa-apa pun yang dapat diharapkan.
[9] Hai orang muda, nikmatilah masa muda kamu. Bergembiralah ketika kamu masih muda. Lakukanlah kehendak kamu, dan ikutilah keinginan hati kamu. Tetapi ingatlah bahawa Allah akan mengadili segala perbuatan kamu.
[10] Jangan biarkan apa-apa mengkhuatirkan kamu, ataupun menyakitkan kamu. Kamu tidak selamanya muda.