Skip to content
Opens in a new window
Listen to this chapter • 2:13

[1] Kembalilah, wahai Israel, kepada Tuhan, Allahmu, kerana engkau telah tersandung akibat kesalahanmu.

[2] Bawalah kata-kata penyesalan berserta kamu dan kembalilah kepada Tuhan. Katakanlah kepada-Nya, "Ampunkanlah segala kesalahan kami dan terimalah apa yang baik, maka kami akan mempersembahkan pujian seperti korban lembu jantan.

[3] Asyur tidak dapat menyelamatkan kami. Kami tidak mahu menunggang kuda, dan tidak akan lagi berkata, 'Ya Allah kami,' kepada hasil buatan tangan kami, kerana dalam Engkaulah anak yatim mendapat rahmat."

[4] "Aku akan menyembuhkan mereka daripada kemurtadan mereka, Aku akan mencintai mereka dengan sukarela, kerana murka-Ku telah surut daripada mereka.

[5] Aku akan menjadi seperti embun bagi Israel. Dia akan berbunga seperti bunga bakung dan menjulurkan akar-akarnya seperti pokok araz Lebanon.

[6] Cabang-cabangnya akan menyebar. Keelokannya akan seperti pokok zaitun dan keharumannya seperti Lebanon.

[7] Mereka yang duduk di bawah naungannya akan tumbuh kembali seperti gandum. Mereka akan berbunga seperti pokok anggur, kemasyhurannya seperti air anggur Lebanon.

[8] Efraim, apakah lagi urusan-Ku dengan berhala-berhala? Akulah yang menjawab dan memperhatikan engkau. Aku seperti pokok sanubar yang hijau, daripada-Ku kaudapatkan buahmu."

[9] Siapakah yang bijak? Dia akan mengerti hal-hal ini. Siapakah yang berpengertian? Dia akan mengetahuinya. Jalan Tuhan itu lurus dan orang benar akan menempuhnya, tetapi orang derhaka akan jatuh di situ.

Hosea — Chapters