Skip to content
Opens in a new window
Listen to this chapter • 2:49

[1] Apabila Israel masih kecil, Kukasihi dia. Dari Mesir, Kupanggil anak-Ku.

[2] Semakin Kupanggil, semakin jauh mereka pergi. Mereka mempersembahkan korban kepada Baal dan membakar dupa kepada patung-patung ukiran.

[3] Akulah yang mengajar Efraim berjalan, dan yang mendukung dia; mereka tidak menyedari Akulah yang menyembuhkan mereka.

[4] Aku menarik mereka dengan pertalian manusia, iaitu dengan ikatan kasih. Bagi mereka Aku seperti orang yang mengangkat kuk daripada rahang mereka. Aku berpaling untuk memberi mereka makan.

[5] Mereka tidak akan kembali ke Tanah Mesir, tetapi orang Asyur akan menjadi raja mereka, kerana mereka enggan bertaubat agar kembali kepada-Ku.

[6] Pedang akan mengamuk di kota-kota mereka, memusnahkan segala palang pintu mereka, dan memakan habis mereka kerana bahana segala rancangan mereka sendiri.

[7] Umat-Ku berazam untuk menjauhkan diri daripada-Ku. Sekalipun mereka dipanggil menghadap Yang Maha Tinggi, tiada seorang pun mahu meninggikan Dia.

[8] Bagaimana mungkin Aku membiarkan engkau, wahai Efraim, menyerahkan engkau, wahai Israel? Bagaimana mungkin Aku membiarkan engkau seperti Adma, menjadikan engkau seperti Zeboim? Hati-Ku begitu bergejolak, lantas terus tercetuslah belas kasihan-Ku.

[9] Aku tidak akan melaksanakan murka-Ku yang menyala-nyala itu. Aku tidak akan membinasakan Efraim semula, kerana Aku Allah, bukan manusia; Yang Maha Suci, yang ada di tengah-tengah kamu. Aku tidak akan datang dengan murka.

[10] Mereka akan berjalan mengikuti Tuhan, yang akan mengaum seperti singa. Sesungguhnya, Dia akan mengaum, dan para anak itu akan datang dengan gementar dari sebelah barat.

[11] Dengan gementar mereka akan datang seperti burung dari Mesir, seperti burung merpati dari Tanah Asyur. Aku akan menempatkan mereka lagi di rumah-rumah mereka," demikianlah firman Tuhan.

[12] Efraim mengelilingi Aku dengan dusta, keturunan kaum Israel pula mengelilingi-Ku dengan tipu daya. Yehuda masih memberontak terhadap Allah, terhadap Yang Maha Suci yang setia.

Hosea — Chapters